top of page

AJAL MUNGKIN LAMA LAGI, TAPI DAH TAKDIR JADI CACAT USIA MUDA

Anak siram kubur ayah

Hujung minggu,


Awal lagi sekitar pukul 10 pagi, anaknya si kakak masih tidur, yang adik pula tengah menghadap tv layan kartun. Lepas mandi, pakai baju, sarung seluar jeans, isteri pun tanya;


"pegi mana bang?"


Kehairanan.


Sebab selalu hujung minggu kalau bukan kain sarung mesti pakai seluar jersi bola dia.


Suami Jawab


"keluar kejap, pegi kedai hardware"


Si isteri ikut iring suaminya hingga ke muka pintu. Sambil si suami hidupkan enjin kereta.


"Abang dah transfer duit sewa rumah?"


sampuk si isteri terdengar sayup disebabkan muzik dari radio kereta. si suami perlahankan volume dan jawab,


"Sudah"


"Jalan dulu, ada apa nak pesan?"


tanya suami pulak.


Si isteri menggelengkan kepala, tapi tiba-tiba teringat sesuatu dan jawab


"Eh, kalau ada jumpa ikan, beli la untuk tengahari, jangan banyak sangat"


Si suami mengangguk tanda faham dan 'drive' keluar pagar rumah.

 
Tiada siapa sangka, itulah perbualan terakhir si isteri dan suaminya, dengan 'bahasa sempurna'.

Itu juga hari terakhir si isteri melihat susuk tubuh suaminya berjalan dan bergerak tanpa perlu dipapah.


TIDAK, suaminya belum mati lagi, dia masih bernyawa TAPI pada hari itu si suami terlibat dalam satu kemalangan dan kerana kecederaan teruk di bahagian kepala, si suami lumpuh seluruh badan dan tidak dapat bercakap dan bergerak seperti sedia kala.


 

Selepas hampir dua bulan dirawat di hospital. Si suami dibenarkan pulang tapi doktor nasihatkan untuk si suami di bawa ke hospital sebulan sekali untuk imbasan MRI.


Si isteri terpaksa berhenti kerja sebagai eksekutif kewangan, untuk menjaga suami yang CACAT di rumah.


anak-anak macamana?


Syukur sebab si kakak dapat masuk sekolah berasrama, adiknya pula tumpang rumah kakak ipar supaya senang ke sekolah sekali dengan sepupu dia. Hujung minggu atau cuti sekolah baru ada dekat rumah.


Sewa rumah, bil elektrik & dan lain-lain?


Buat masa ni, ada lagi sikit simpanan si isteri buat belanja. tapi memang akan habis, sekarang tengah uruskan permohonan dengan pejabat zakat dan beberapa badan kebajikan.

TAPI sampai bila macam ni? Suami boleh sembuh lagi ka?


Untuk sembuh sepenuhnya doktor kata memang xda harapan lagi, tapi kalau nasib baik, mungkin akan dapat duduk sendiri walaupun terpaksa berkerusi roda.


Kuatnya si isteri, apa perasaan bila jadi macam ni?


"Sedih tu memang ada, cuma kita yakin dengan ketentuan pencipta. TAPI kesian dengan anak-anak. Si Kakak tu bijak, sebab tu boleh masuk sekolah asrama, dia kata bila besar nak jadi doktor, dulu saya dan suami dah nekad nak simpan duit untuk persediaan hantar si kakak belajar medic...tapi..."


Si isteri sebak, dan tak mampu menyambung perbualan.


Pernah tak rasa nak 'give-up'?


"Terus terang, saya juga manusia, bukan senang nak jaga orang cacat, bila penat, stress kadang-kadang terasa nak lari dari masalah, nak mulakan hidup baru."


"Tapi saya sentiasa cuba untuk sabar dan yakin ada hikmah di balik semua ni"

 

Allah berfirman dalam Surah Al-Baqarah ayat 286:

Maksud:


"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami, ampunilah kami dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir."


-Azrizzal Tauffique-


Tanya saya tentang hibah takaful di sini






Comments


bottom of page