Selesai majlis pengebumian dan talqin si mati, Imam dan ahli fardhu kifayah yang lain pun berlalu pergi. Tinggal beberapa ahli keluarga terdekat sahaja masih di perkarangan kubur
Terlihat dua sosok anak kecil, bersama tikar dan botol air, datang dekat ke kubur si mati dengan pelat kanak-kanak terdengar mereka berdialog;
"jom duduk, baca doa!"
Arah si kakak kepada adiknya selepas membentang tikar.
"kakak baca doa, adik baca yaseen"
Jawab adiknya, sambil mulut terkumat kamit.
arwah ayahnya dulu biasa bawa si adik ni ke majlis kenduri dan tahlih. Dia biasa nampak apa yang orang tua buat, walaupun belum pandai mengaji. Di tepi nya si kakak pula, sedang berdoa, terdengar ucapan doa nya;
"Ya Allah, ampunkan dosa kedua ibu bapa ku, guru-guru dan kawan-kawan ku.."
Terbiasa lidahnya dengan ungkapan doa yang di ajarkan di pra-sekolah.
Mak Su mereka yang melihat gelagat dua anak itu dari jauh tidak dapat menahan sebak. Berlinangan air mata wanita itu, dia tahu dua anak kecil itu masih belum faham keadaan sebenar.
Dia kesat air mata nya, menarik nafas dalam.
"Kakak, jom balik, bawa adik tu, esok kita datang lagi"
Jerit Mak Su dari jauh.
"baik mak su"
Balas si kakak.
Segera si kakak buka botol air yang dibawanya tadi, lalu menyiram pusara ayahnya.
"nah, siram"
Kata si kakak, sambil hulur botol kepada adiknya.
adik nya ambil dan curah hingga habis. Kemudian keluar dari mulutnya,
"kami dah siram ayah, nanti ayah bangun ya, esok kami datang ambil"
kedua anak kecil itu pun mengusung botol kosong dan tikar mereka dan berlalu dari pusara si ayah, belum faham erti kematian, dan belum terlintas kesedihan dalam benak mereka, merasa si ayah masih ada dengan mereka.
"Apabila seorang anak Adam MATI putuslah amalnya kecuali tiga perkara : sedekah jariah,ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain dan anak yang soleh yang berdoa untuknya."
(Hadith Sahih - Riwayat Muslim dan lain-lainnya)
Betul, Kita harap doa anak-anak kita bila mati nanti TAPI
anak-anak kita nak harapkan siapa untuk teruskan kehidupan? dan bagaimana?
-Azrizzal Tauffique-
Tanya saya tentang hibah takaful di sini
Comments