Hampir tiga bulan sejak pemergian suami, balu arwah masih belum putus asa untuk cuba cari pekerjaan yang bergaji tetap, tetapi semuanya tidak berhasil.
Pernah di 'offer' oleh seorang sahabat kepada arwah suami, untuk bekerja di kedai makan miliknya, tapi disebabkan masa bekerja sehingga waktu malam dan kekangan masa untuk menguruskan 3 orang anak nya, dia terpaksa tolak.
Buat masa ni, belanja harian dia dan anaknya berbekalkan duit simpanan nya sendiri dan hasil cagar barang kemas miliknya. Segala bayaran bill-bill rutin bulanan yang sebelum ni diuruskan oleh arwah suami pun masih belum sempat dia peduli.
Satu benda yang jadi kebiasaan arwah suami minta si isteri tolong uruskan hanyalah sampaikan duit sewa rumah kepada 'owner' rumah yang mereka duduk sekarang. 'Owner' tu seorang makcik yang agak berumur, tinggal di rumah 'corner' sederet dengan rumah yang mereka tinggal. Setiap bulan si isteri akan ke rumah 'owner' untuk sampaikan duit sewa rumah sambil-sambil menanyakan khabar beliau.
Ini dah tiga bulan, dia belum bayar sewa rumah, setiap kali 'drive' lalu depan rumah 'owner', terdetik rasa beban dan malu. Hari itu, dia beranikan diri untuk jumpa, untuk meminta maaf dan bayar duit sewa;
"Kak, saya minta maaf ya, sibuk sikit uruskan budak-budak, nak tanya, berapa bulan ye sewa kami tertunggak?"
sahaja dia berbahasa basi, supaya terasa selesa.
"eh! tak payah fikir tu dulu, uruskan sahaja mana yang patut, bab sewa tu, nanti dah okay, baru bayar" -owner
Balas owner dengan penuh simpati
"Tak boleh kak, kitorang menyewa, tak sedap macam tu"
Dia keluarkan duit, dan beri kepada owner. Sambil tu, berat untuk dia bagitahu
"kami nak minta izin keluar dari rumah tu ya kak, saya bawa anak-anak duduk dengan akak saya. Terima kasih banyak sebab faham keadaan saya"
Walaupun sebenarnya dia tahu, owner tu seorang yang sangat baik, tetapi dia malu dengan keadaan.
Banyak lagi yang dia perlu selesaikan, tiap malam sebelum tidur, air mata jadi peneman. Memikirkan beban yang dipikulnya, dan menahan benak kerinduan suami di sisi.
"InsyaAllah, Allah mudahkan, satu persatu"
bisik suara hatinya, sebagai motivasi buat diri nya untuk terus melangkah dan memikul tanggungjawab seorang ibu tunggal.
Ketika Haji Wada, Saad bin Abi Waqqas jatuh sakit. Rasulullah pun pergi berziarah dan Saad pun berkata:
“Ya Rasulullah, saya mempunyai harta dan cuma mempunyai seorang anak perempuan untuk mewarisinya. Apakah saya dapat memberikan 2/3 dari harta ini sebagai sedekah?”
Rasulullah menjawab,
“Tidak.”
Saad bertanya lagi,
“Kalau begitu 1/2 dari harta?”
Rasulullah menjawab sekali lagi,
“Tidak.”
Saad terus bertanya,
“Kalau begitu 1/3 dari harta?”
Maka Rasulullah pun menjawab,
“Boleh, tetapi 1/3 itu pun masih banyak. Sesungguhnya meninggalkan para waris dalam keadaan kaya dan berharta itu lebih baik dari meninggalkan mereka dalam keadaan miskin dan meminta-minta. Sekiranya kamu membelanjakan sesuatu hanya untuk mendapatkan keredhaan Allah, kamu tetap mendapat ganjaran walaupun hanya sesuap makanan yang kamu suapkan ke mulut isteri kamu,”
Kisah ini dicatatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim.
Kisah tentang seorang balu di atas hanyalah rekaan, tapi saya pasti, ada diantara kita yang mengalami kepayahan yang sedemikian.
Didoakan semoga segala kesulitan yang dialami oleh para isteri yang kehilangan suami, agar Allah mudahkan buat mereka dan di beri keringan atas beban yang dipikul.
Amin Ya Rahman Ya Rahim
-Azrizzal Tauffique-
Tanya saya tentang hibah takaful di sini
Коментарі