Aku mula join industri takaful ni bulan March 2019. Masa tu belum pandai untuk jumpa stranger dan cerita pasal takaful, apa yang aku buat? aku start dengan orang sekeliling aku, family dan kawan-kawan. Jumpa diorang dan cerita pasal pentingnya medical card ataupun perlindungan hibah.
Client pertama aku?
Kawan baik wife aku, nama dia Nurul. Dia lah orang pertama dalam list client. Kalau tengok dalam sistem client aku, nama dia lah yang paling atas. Sekarang, Alhamdulillah, aku ada lebih dari 300 orang client dan InshaAllah, semoga aku sentiasa diberi kekuatan untuk pikul tanggungjawab ni, sebagai servicing agent mereka.
Cerita pasal Nurul ni, sebenarnya, makan masa jugaklah aku pujuk dia untuk ambil medical card. Aku start dengan jumpa dia, dan explain pasal medical card, tapi yalah, masa tu baru lagi, explanation aku tu agak kelam kabut sikit. Jadinya, dia belum setuju untuk ambil on the spot, tapi aku keep pujuk dia dari hari ke hari, dia ni agak cerewet, banyak kali jugaklah aku ubah quotation, untuk bagi dia puas hati pasal coverage yang dia nak ambil. Lepas dua minggu, akhirnya dia berpuas hati dan setuju.
Fast forward setelah dua tahun (April 2021),
Dia mengadu dengan wife aku (yelah, diorang kan bestfried) pasal sakit yang dia rasa. Wife suggest untuk dia buat 'Pap Smear' takut kalau-kalau ada cancer. Lepas buat sreening, tekejut bila dapat tahu ada ketulan fibroid pada bahagian rahim dan ada ovarian cysts.
Doctor consult dia untuk tarikh operation dan lepastu request GL (gurantee letter) untuk bill operation tu ditanggung oleh medical card. Alhamdulillah, tiada masalah pada pengurusan GL tu.
May 2021, dia admit di KPJ Hospital Kota Kinabalu untuk scheduled operation dan Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan tiada apa-apa komplikasi semasa pembedahan.
Deskripsi pembedahan ialah removing endometriosis pada bahagian ovary serta leiomyoma/fibroid/fibromyoma pada bahagia uterus.
nak sebut pun tebelit lidah apa lagi orang yang rasa sakit tu kan.
Senang cerita, dia buang dua ketul fibroid (size 5cm) pada bahagian rahim, dan seketul cyst pada bahagian ovari (yang ni nurul bagitau aku)
Masa admitted, dia dirawat dalam single room dan agak bahagia juga sebab, walaupun musim pandemik, suami dia boleh stay sekali dalam ward dan jaga dia.
Admitted dua hari di hospital dari tarikh pembedahan, jumlah bill operation ialah RM21,539. Dia hanya perlu keluar duit RM370 sebagai admission fee dan baki lainnya dibayar oleh medical card yang dia ada.
Okay, aku cuba buat kira-kira untuk korang faham, untung atau tidak ambil medical card ni?
Untuk kes Nurul ni;
Caruman bulanan dia = RM198
dia dah mencarum untuk 2 tahun
(24 bulan);
24 x RM198 = RM4,752
Total yang dia dah bayar ialah RM4,752
dia bayar bulan-bulan taw, bukan sekali arung.
Total bill dia RM21,539 dia bayar RM370
So total duit keluar ialah RM5,122. berbaloi ke tidak rasanya untuk ada medical card?
Kalau lah dia tak ambil medical card, dan mungkin duit caruman tu dia simpan sendiri, cukup ke tidak?
Soalan di atas aku tak boleh jawabkan, sebab yang ni terpulang pada korang untuk menilai.
Sambung balik cerita pasal si Nurul ni, Alhamdulillah sekarang ni, dia pun dah join industri Takaful. Dia tinggalkan kerja hakiki gaji RM6K sebulan di salah satu retail store ternama. Katanya sebab dia nampak value pada kerjaya ni, value yang lebih besar kita boleh bagi dengan orang pada masa orang tu ditimpa kesusahan.
Nasihat aku satu ja, mungkin sekarang memang rasa rimas dengan ejen takaful/insurance yang tak habis promote medical card lah, hibah lah dengan korang, trust me dulu aku pun rasa macam tu. Tapi, the benefit sebenarnya lebih besar dan bernilai untuk diri kita sendiri.
Ingat, Allah temukan kita dengan seseorang tu sentiasa bersebab dan mungkin ejen takaful yang approach korang tu, adalah pertolongan Allah untuk musibah yang bakal berlaku kepada korang dua tahun akan datang, who knows? only Allah knows
-Azrizzal Tauffique-
Comments