top of page

No.4 Mungkin Anda - 6 Golongan Yang Haram Ambil Takaful

Anak siram kubur ayah
Photo by Azrizzal Tauffique

Pertama sekali, aku nak ucap "Terima Kasih" buat yang click link aku ni dan berminat untuk baca artikel ni. Tak Kisah la apa sebab korang nak baca artikel aku ni, samaada sebab korang trigger perkataan 'HARAM' tu ka, sebab nampak tabung piggy tu cute sangat ka, yang memang tengah cari perlindungan takaful, ataupun korang ni ejen takaful sendiri. TERIMA KASIH SEMUA!


Sebelum aku mention 6 GOLONGAN seperti yang tajuk tu janjikan, disclaimer sikit pasal perkataan 'HARAM' yang aku cuba sampaikan bukan merujuk kepada sisi syarak, tidak terikat kepada mana-mana fatwa dan tidak ada dalil yang menyokong. 'HARAM' yang aku maksudkan lebih kepada maksud-maksud berikut;


'Kalau boleh tidak perlu', 'tidak layak', 'jangan buang masa', 'tiada kebaikan', 'baik pakai duit tu kat tempat lain'.... dan yang se erti dengannya.


Harap difahami.


So, siapa 6 GOLONGAN YANG HARAM UNTUK AMBIL TAKAFUL?



1 . GOLONGAN YANG TIDAK ADA KELAYAKAN


Okay, golongan yang pertama ni yang agak common, yang semua agent takaful / insurance tak berani nak approach. Golongan ni terdiri dari orang-orang yang memang dah ada sakit kritikal atau kurang upaya. formula nya mudah, selalunya orang sihat ni sombong sangat dengan agent takaful sebab dorang masih ada kelaya0kan tu, tapi ramai yang bila dah sakit, dan tahu bahawa kos perubatan ni rupanya tak boleh bayar guna air liur, dorang cuba juga tanya kepada ejen insurance /takaful just in case ada product yang boleh lepas walaupun dah ada sakit.


Aku personally tiga tahun jadi ejen takaful sepenuh masa, ramai jumpa dengan golongan ni. Siap merayu minta aku 'adjust' kan. Honestly, kalau nak 'ngejas' tu simple je, aku tak perlu declare pun sakit dorang dalam permohonan tu, TAPI kesan dia nanti, bila client tu memang perlu buat 'claim', either medical card atau pun pampasan lain contohnya pampasan sakit kritikal. Memang tak lepas. So aku kategori kan golongan ni sebagai 'HARAM' untuk ambil TAKAFUL.

Unless, golongan ini berminat untuk ambil product 'HIBAH' yang ada Guaranteed Issuance Offer atau dalam bahasa pasarnya DIJAMIN LULUS. ada bebereapa company yang keluar produk macam ni, dan aku sendiri ada beberapa client yang ambil product ni, dah ada darah tinggi la, kencing manis lah, masalah buah pinggang la, tapi Alhamdulillah lulus.


Sebab tu kalau korang belum tergolong dalam golong no.1 ni, yakni masih sihat walafiat, mungkin masanya untuk ambil takaful. Sebenarnya, Kalau lah golongan ni layak, ejen takaful/insurance takdelah nak ganggu hidup korang, diorang ni standby dekat hospital ja, approach dari katil ke katil offer medical card unlimited, confirm golongan ni akan sign up!



2 . GOLONGAN YANG DUIT BANYAK SANGAT SAMPAI BANK PUN PINJAM DENGAN DIA


Next, golongan ni sangat rare tapi aku pasti, memang ada kat dunia ni. Kemungkinan golongan ni ada bau-bau bacang dengan keluarga Rostchild atau yang seangkatan dengannya.


Ataupun golongan ni datang dari kerabat sultan dan bangsawan. kalau ada golongan yang macam ni baca artikel aku


"Ampun Tuanku beribu-ribu ampun sembah patik harap di ampun, sudilah kiranya tuanku izinkan patik sambung artikel patik ini"


So, kisahnya, kalau korang ni memang jenis yang banyak duit tahap macam tu, tidak perlu lah ambil takaful. Kalau korang ni setakat kaya, sebab bisnes, main saham, banting tulang korang belum lagi masuk kategori ni ya. ni nak cerita kalau kerja korang makan tidur pun duit tak habis pakai 7 keturunan.

Tapi ramai ja orang yang kaya dan celik kewangan ambil takaful, sebab dorang lebih nampak benefit ni. contoh; dorang ambil medical card bayar setahun RM10K sebab dorang tahu kalau sakit dan perlu pakai RM80K, tak perlu dah keluar duit sendiri.


Nak ada takaful actually bukan mahal, yang mahal tu lifestyle korang (Kena sedas!)



3 . GOLONGAN TIME TRAVELLER


Percaya atau tidak, sebenarnya golongan ni wujud. Ya, sebab aku ramai jumpa. Bila aku approach orang-orang ni pasal takaful, dorang bagi aku jawapan ni;


"Aku tak sakit, so tak perlu medical card"


"Aku muda lagi, so tak perlu hibah"


Golongan ni aku paling adore, kadang-kadang terdetik dalam hati nak beguru dengan golongan ni, dorang ni sama level dengan Matt Greoning. Tak kenal? alah, Matt Greoning ni creator kartun 'The Simpson' tu, kan kartun tu banyak cerita prediction yang betul-betul jadi, contoh macam Trump Presidential yang dia tulis bertahun lama sebelum benda tu jadi.


Sama lah dengan golongan ni. Dia tahu kot bila dia akan sakit and bila akan meninggal.


Kalau ada golongan tu yang baca artikel ni, Tunjuk ajarku sifu!



4 . GOLONGAN TAK MINAT


Aku yakin dan percaya 70% daripada kawan-kawan kita, adalah golongan ni, atau mungkin anda juga termasuk dalam golongan ni (Maafkan saya jika ini betul). Aku bersangka baik dengan golongan ni, sebenarnya golongan ni adalah jenis manusia yang sentiasa mengikut trend semasa. Takaful ni tidak 'trendy' so memang dia tak minat.


Orang sebegini hanya akan ambil takaful KALAU misalnya Neelofa yang keluar produk takaful. Ataupun ejen takaful tu adalah pelakon K-Drama atau penyanyi K-Pop. Mungkinlah, aku tak faham juga golongan ni sebenarnya.


Aku kategorikan mereka termasuk dalam golongan yang 'HARAM' untuk ambil takaful. Sebab konsep TAKAFUL ni tiada paksaan, so kalau tak minat, tapi sampai tahap terpaksa ambil, itu HARAM!


Satu aku nak pesan dengan golongan ni, boleh kalau akak tak minat takaful, tapi kalau sakit atau malaikat maut datang, cakap dengan dorang "Saya Tak Minat nak Sakit/Mati"


5 . GOLONGAN YANG ADA GENETIK FIRAUN


Mungkinlah kan, mungkin, dalam 7.8 Billion populasi manusia dalam dunia (as of Feb 2021) ni, ada beberapa orang yang ada genetik firaun.


Korang tahu kan yang Firaun tu tidak pernah Sakit, demam bahkan bersin pun tak pernah? Dan disebabkan itu lah dia merasa angkuh dan mengaku dirinya adalah tuhan (Nauzubilah)


Kalau korang terdiri dari golongan yang ber-genetik firaun ni, rasanya memang tak patut apply medical card.


Tapi ingat, Firaun pun mati, so masih berguna juga kalau ambil hibah.


Tapi aku tekankan sekali lagi kalau korang rasa korang takkan sakit, atau mati, 'HARAM' untuk korang apply takaful



6 . GOLONGAN YANG TAK SAYANG ANAK BINI


Golongan ni walaupun nampak negative akan tetapi aku puji puak-puak ni, dorang punya hati kering tu, padu beb!


Golongan ni selalunya buat gerakan underground atau 'dalam diam'. Takde orang tahu, sampai tahap dorang sendiri pun tak tahu dorang tergolong dalam golongan ni.


Aku bagi contoh ya, brader ni kerja gaji RM7,000 sebulan, ada isteri dan 3 orang anak. Aku approach suruh ambil hibah caruman bulanan RM140 tapi katanya membazir, so aku tak nak kacau lah hidup dia.

Tapi aku selalu tengok dia post pasal barang-barang basikal dia, semua jenis basikal dia ada, dari MTB, roadbike, folding bike, you name it.. baju complete set, upgrade sana sini tapi hibah tu katanya membazir.


Maaf kalau contoh aku kat atas ni buat ramai yang terasa dan panas punggung TAPI ini adalah kenyataan. Tolong jangan biarkan diri anda tergolong dalam golongan no. 6 ni. Sayangilah anak isteri anda.


Kalau anda memang tahap tak sayang anak bini tu, memang 'HARAM' untuk anda ambil hibah, Dan buat para isteri, walaupun suami anda sedemikian, anda guna ja lah nama diorang and ambilkan diorang hibah, sekurang-kurang nya dia meninggal korang takdelah merana sangat.



 

Sebenarnya aku dah list 15 golongan sebenarnya tapi aku takut ramai pula akan berkecil hati lepas baca artikel aku sampai point ke 15. Tunggu aku buat buku aku masuk semua, in sha Allah.


Maafkan jika artikel ni buat ramai orang terasa tapi hakikatnya itu lah 'point' aku. Bukan untuk meraih keuntungan dari jualan Takaful, tapi niat aku tidak lebih dari sekadar menyampaikan kesedaran.


Tipu kalau aku cakap aku buat bisnes takaful bukan sebab duit, ya memang untuk duit, niatkan untuk nafkahi keluarga aku. TAPI kesan nya pada aku lebih daripada itu, aku nak lebih ramai yang sedar, kita ada satu platform kewangan terbaik dan patuh syariah yang boleh bantu generasi kita masa ini dan akan datang.


Bukan nak racist, tapi aku kena cakap juga nak menunjukkan point aku, kenapa bangsa cina tak banyak post 'mohon bantuan untuk perubatan' atau nak operate minta badan kebajikan, masuk bersamu, sekian sekian, sebab bangsa cina ramai yang celik tentang insurance.


Semoga ada manfaat!


-Azrizzal Tauffique-


Tanya saya tentang takaful di sini







1 Comment


Guest
Oct 17

Salam tuan..mohon ambil sedikit bahan tuan untuk saya jadikan rujukan kepada orang lain.😊

~kir

Edited
Like
bottom of page